Monday, March 4, 2013

Perjanjian Geneva, Memali dan Lahad Datu.. Aku Pening!


Sebelum ini aku dah pening bagaimana sikap Kerajaan Malaysia khusus Najib Razak bila menangani Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah. Aku pening pasal banyak sangat kenyataan kononnya mereka bukan pengganas.

Najib bercakap, Sepupunya si Hishamuddin pun bercakap. Si Nazri yang keras tu pun bercakap lembut gigi daripada Lidah bahawa yang datang tu bukan nak buat masalah pun.

Thursday, August 16, 2012

Masalah Nasharuddin kenapa nak bebankan kepada Presiden?

Saya terbaca dalam Sinar Harian mengatakan Pas akan menyerahkan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan sama ada bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa perlu dikenakan tindakan berhubung kenyataan yang menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) berikutan pendirian DAP dalam isu hudud.

Menurut akhbar Sinar Harian, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata,“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut"

Nasaruddin Mat Isa: Bagaimana Kita Menangganinya?

Akhir-akhir ini tak banyak isu-isu dalaman PAS terkeluar dalam media terutamanya media internet. Apa yang dilihat suatu yang baik dan subur terutamanya apabila hasrat untuk ke Putrajaya menjadi satu daripada misi pilihanraya ke-13 nanti.

Saya melihat ada sedikit kemantangan dalam menanggani isu-isu dalaman parti terutama jika melibat suatu perkara yang besar.


Wednesday, May 30, 2012

Plat kereta www 1 punya pasal

Susulan pembelian nombor WWW 1 oleh Sultan Johor yang berharga RM520,000 beberapa pertikaian tentang perkara ini telah wujud iaitu bagaimana kerabat raja yang menggunakan wang rakyat untuk membeli plat semahal itu, sedang banyak perkara manafaat boleh dibuat.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berkata bahawa kerabat Diraja Johor tidak pernah ambil satu sen pun duit kerajaan malah peruntukan wang disalur kepada Yayasan.


Ulasan ini adalah menjawab sindiran tajam DS Nizar Jamaluddin dalam twitternya yang mempertikaikan kegunaan wang oleh orang-orang besar membidal plat WWW. Kenyataan DS Nizar dilihat secara umum walaupun membidas beberapa pimpinan Barisan Nasional adalah menyingong perasaaan kerabat di Raja.

Tuesday, May 29, 2012

Tubuh Ikatan, Apa motif Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir?

Menurut sumber yang hampir dan boleh dipercayai bahawa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO AMANAH dan akan tubuhkan parti baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Saya tak pasti sejauh mana benar berita ini tapi itulah yang di war-warkan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai AMANAH itu sendiri.

Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ialah mengamalkan pendekatan politik sebagai platform dalam menyuarakan pandangan yang dibangkitkan rakyat. Ini yang dinyatakan oleh Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau juga menjelaskan penubuhan NGO ini untuk perjuangan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.

Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik menjadi Timbalan Presiden AMANAH.


Tuesday, February 14, 2012

Kecelaruan pemberitaan di Harakahdaily mengenai isu Anwar & Isreal

Saya banyak kali menulis pasal harakahdaily, terutama pasal berita mengenai Dr Hassan Ali sebelum ini. Saya tak tahu sejauh mana peranan Harakahdaily dalam hal ini. Tapi ada rasa kecewa kerana harakahdaily bukan menyampaikan peranan sebagai saluran parti tetapi lebih kepada agenda 'tersembunyi' daripada sekumpulan wartawan.

Kita selalu disebut tentang maklumat mesti telus, tepat dan intergeriti tapi adakah harakahdaily benar-benar menghayatinya.

Dalam isu politik sepatutnya harakahdaily lebih cermat, apatah lagi melibatkan pemberitaan mengenai kepimpinan PAS sendiri atau kepimpinan Pakatan Rakyat. Kalau harakahdaily nak menjadi akhbar yang benar-benar telus, siarlah secara jujur apa yang berlaku, tapi kalau harakahdaily nak jadi suatu saluran parti yang mengekang kerajaan jadilah benar-benar akhbar yang mengekang kerajaan dengan  maklumat yang tepat dan benar, bukan main hentam aje mengikut selera, sekadar nak ambil gaji bulanan sahaja.

Saturday, January 28, 2012

Nak komen pasal tinjaun PAS oleh Pusat Penyelidikan PAS

Pertama saya rasa macam hairan, tak ada berita mengenai maklumat sulit oleh Pusat Penyelidikan PAS(PPP)  ini di Harakahdaily. Tapi berita ini keluar di Malaysiakini (seperti pernah saya cadangkan supaya Malaysiakini menjadi akhbar kedua rasmi PAS). Atau mungkin saya tak jumpa, pasal saya selalunya tak selera nak baca Harakahdaily jadi nak mencari pun bosan!

Ini kena tanya Dr Zukkifli Ahmad di mahir tentang maklumat sulit yang patut keluar di Malaysiakini, dia juga perancang yang hebat untuk berita Malaysiakini berkaitan PAS.

Dalam laporan yang diberikan oleh Pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki, tentang kajian pengaruh atau kesan isu Dr Hassan Ali katanya, tinjauan tersebut menggunakan dua kaedah, iaitu dengan menilai komen pembaca di media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube.

Monday, January 23, 2012

Agaknya berapa harga pakaian Rosmah untuk Tahun Naga Air?

Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini seperti yang dilaporarkan oleh akhbar Sydney Morning Herald.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada S Pathmawathy
wartawan Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui pada program sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald oleh wartawan Malaysiakini.

Sunday, January 22, 2012

Dr Hassan Ali pada pendapat aku...

Saya dah banyak mendiam diri dalam isu Dr Hassan Ali, sekadar menginggatkan kembali bagaimana berlakunya peristiwa tentang Ustaz Hassan Shukri ditentang dalam pemilihan jawatan.

Saya berpendapat Ustaz Hassan Shukri tidak patut ditentang dan mereka 10 orang yang terbabit akhirnya sekarang terbukti menyelarukan PAS dan krisis yang berlaku itu adalah hasil dan natijah beberapa tahun yang lalu. Kita membuat hilangnya mesyuarah dalam parti. Itu cerita lama... sekadar memperingati hukum karma.


Sudah terlewat, tapi boleh diperbaiki lagi...

Isu dalam PAS sudah meresap keseluruh anggota parti apabila Harakah cetak telah mengeluarkan temubual Hj Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang beberapa para awal temubual itu telah menunjukkan terlalu prajudis terhadap Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Lagi tidak profesional apabila Harakah mengeluarkan kartun yang dikatakan mengaibkan Ustaz Nasaruddin Mat Isa seolah-olah Ustaz Nasa sama seperti pimpinan UMNO yang telah menjadi sasaran sindiran tajam di akhbar Harakah melalui pelukis kartun berkenaan.

Facebook Nik Abdul Nik Abdul Aziz turut membuat komentar tentang kartun berkenaan.